** MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH SELAMAT, CERIA SERTA
MENINGKATKAN PRASARANA SEKOLAH YANG LEBIH KONDUSIF
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami Warga Sekolah
Kebangsaan Sungai Salleh Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Serta Berjanji
Akan Menumpukan Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :
· Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan
mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru dimulakan.
· Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti
berasaskan kurikulum yang ditetapkan oleh PPD/JPNK/KPM.
· Memastikan segala keperluan asas untuk pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah disediakan dengan lengkap.
· Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran membaca,
menulis, mengira dan menaakul serta Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT)
selaras dengan Transformasi Pendidikan.
· Memastikan urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan
dengan cekap, adil, telus, Amanah dan sah.
· Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum dan sukan dalam usaha memperkembangkan potensi secara seimbang
selaras dengan FPK dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
· Memastikan keselamatan murid sepanjang waktu persekolahan.
· Memastikan penerapan nilai-nilai murni selaras dengan kehendak
Rukun Negara.
· Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak
melebihi 14 hari dari tarikh Penerima.
· Memastikan segala aduan kepada dan mengenai sekolah diberi
jawapan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh penerimaan.
· Memastikan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai sekolah
diberi jawapan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
· Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, teguran dan
cadangan yang membina dari semua pihak demi mempertimbangkan prestasi
perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
· Sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisma keguruan di
kalangan staf dalam berbagai program terancang.
· Sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan serta keharmonian
antara warga sekolah.
No comments:
Post a Comment